Tuesday, July 9, 2024
23.1 C
Brunei

    -

    PM Thailand puji Lisa Blackpink bantu tingkatkan pelancong

    Keputusan menjalani penggambaran muzik video lagu terbaharunya di Chinatown atau Yaowarat di Bangkok, Lisa Manoban telah menyebabkan kawasan itu kini dibanjiri kedatangan pelancong dari seluruh dunia, lapor mStar.

    Perdana Menteri Thailand, Sretta Thavisin turut meluahkan rasa syukur dan terima kasih kepada anggota kumpulan Blackpink itu yang berjaya menyumbang kepada pertambahan pengunjung di kawasan tersebut.

    Malah Sretta turut mengucapkan tahniah kepada Lisa kerana tidak pernah melupakan asal usulnya walaupun dia kini antara bintang terkenal dunia.

    “Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Lisa kerana mengingati tanah airnya.

    “Yaowarat kini didatangi pelancong yang ramai, rata-rata dari China,” katanya.

    Sebelum ini, Lisa mencipta fenomena apabila muzik video single bejudul Rockstar yang dilancarkan pada 28 Jun lalu memperoleh 49 juta tontonan hanya dalam tempoh dua hari.

    Susulan pertambahan kehadiran pengunjung, pihak pembandaran Bangkok terpaksa membuat pelbagai langkah untuk meningkatkan keselamatan di kawasan tersebut.

    Antaranya meletakkan penghadang lalu lintas bagi memisahkan laluan perjalan kaki dan jalan raya serta menempatkan petugas trafik yang ramai bagi mengawal kesesakan.

    Selain itu, pekerja pembersihan jalan diarahkan untuk melakukan pembersihan setiap hari demi keselesaan pengunjung yang datang. – Agensi

    Populariti Lisa menyumbang kepada pertambahan pelancong di Chinatown, Bangkok. – mStar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis buru lelaki tikam wanita

    SYDNEY, 8 JULAI – Polis Australia telah memulakan operasi pemburuan dengan serta-merta selepas seorang wanita maut ditikam di barat Sydney hari ini. Kira-kira jam 1:40...