Sunday, July 13, 2025
32.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    PM Timor Leste letak jawatan

    JAKARTA, 25 FEB – Perdana Menteri Timor Leste, Taur Matan Ruak, meletak jawatan selepas kerajaan perikatannya tumbang, lapor agensi berita Xinhua memetik media Indonesia pada hari ini.

    Perdana Menteri menghantar surat peletakan jawatan kepada presiden pada hari ini, memetik ‘kebuntuan politik’ ketika negara Asia Tenggara itu berdepan ketidakstabilan politik terbaharu selepas tumbangnya perikatan yang menyokong beliau di parlimen, lapor Jakarta Post.

    “Saya sudah menghantar surat (peletakan jawatan) kepada presiden,” kata Taur Matan Ruak kepada pemberita selepas bertemu Presiden Francisco Guterres.

    Katanya, beliau bersedia menjalankan tugas buat sementara waktu sehingga peletakan jawatannya diterima bagi memastikan aktiviti kerajaan terus berjalan, lapor akhbar itu. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda