Tuesday, September 10, 2024
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    PM UK jangka perusuh dihukum menjelang akhir minggu ini

    MOSCOW, 7 OGOS – Perdana Menteri United Kingdom, Keir Starmer berkata beliau menjangka mereka yang ditangkap kerana terlibat dalam rusuhan yang berlaku selepas serangan tikaman di bandar Southport akan dijatuhi hukuman menjelang akhir minggu ini, lapor Sputnik.

    Lebih 400 penunjuk perasaan ditahan berhubung protes terhadap serangan di Southport pada 29 Julai yang menyebabkan tiga kanak-kanak maut dan beberapa lagi cedera.

    Starmer berkata beliau menjangkakan “hukuman substantif sebelum akhir minggu ini”, menurut laporan Sky News.

    “Ia seharusnya memberi mesej yang sangat kuat kepada sesiapa yang terlibat, sama ada secara langsung atau dalam talian, bahawa anda mungkin akan dihadapkan dalam masa seminggu dan tiada sesiapa yang patut melibatkan diri dalam kekacauan ini,” kata perdana menteri itu seperti dipetik oleh penyiar pada kelmarin.

    Penunjuk perasaan sayap kanan mengadakan protes menentang kebanjiran migran di seluruh negara selepas laporan yang tidak disahkan mendakwa bahawa penyerang di Southport merupakan seorang pelarian. Penyerang kemudian dikenal pasti sebagai seorang remaja lelaki dari Wales berketurunan Rwanda.

    Serangan berlaku pada 29 Julai, mengakibatkan kematian tiga kanak-kanak dan kecederaan kepada beberapa yang lain. – Bernama

    Keir Starmer semasa menghadiri satu pertemuan di Nombor 10 Downing Stree, London kelmarin. Menurutnya, hukuman ke atas perusuh akan dilaksanakan hujung minggu ini. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda