Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    PM UK rombak kabinet

    LONDON, 15 SEPT – Perdana Menteri Britain Boris Johnson akan mengadakan rombakan kabinet hari ini, menurut sumber kerajaan, dengan masa depan Setiausaha Luar, Dominic Raab diragui berhubung pengendaliannya terhadap pemindahan penduduk Afghanistan.

    Selepas spekulasi beberapa hari, sumber Downing Street mengesahkan Johnson akan menukar barisan menteri, berkata ia akan ‘mengganti pasukan yang kukuh dan bersatu untuk kembali lebih baik daripada pandemik.’

    “Perdana Menteri akan melantik menteri-menteri pada petang ini dengan tumpuan pada usaha menyatukan seluruh negara,” tambah sumber.

    Tumpuan akan diberikan pada Raab dan Setiausaha Pendidikan Gavin Williamson, yang tidak hadir semasa sesi mingguan soal dan jawab di parlimen.

    Raab, yang menjadi pengganti Johnson pada April lalu apabila beliau dimasukkan ke wad rawatan rapi hospital kerana dijangkiti COVID-19, telah berdepan kritikan atas pengendaliannya dalam krisis Afghanistan.

    Setiausaha Perdagangan Liz Truss, yang membroker beberapa siri perjanjian sejak Britain menarik diri daripada Kesatuan Eropah pada Januari, telah diramalkan akan mengganti Raab.

    Orang kanan Brexit, Michael Gove telah dicadangkan sebagai pengganti untuk Setiausaha Dalam Negeri, Priti Patel, seorang lagi anggota Brexit yang telah menerima tekanan hebat disebabkan pertambahan dalam jumlah migran yang mengadakan perjalanan dari Perancis, selain dakwaan buli. – AFP

    Perdana Menteri Britain Boris Johnson me-ninggalkan 10 Downing Street ketika beliau menuju ke Parlimen untuk menghadiri sesi soal jawab mingguan Perdana Menteri di London kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda