PM UK umum pertunangan

LONDON, 1 MAC – Perdana Menteri Britain, Boris Johnson dan teman wanitanya, Carrie Symonds semalam mengumumkan, mereka sudah bertunang dan bakal menimang cahaya mata.

“Perdana Menteri dan Symonds sukacita mengumumkan pertunangan mereka dan sedang menunggu kelahiran anak mereka yang dijangka pada musim panas ini,” kata jurucakap pasangan itu kepada media Britain.

Symonds turut berkongsi pengumuman itu bersama sekeping gambarnya dan Johnson di akaun Instagram miliknya, lapor Daily Mail.

“Ramai yang sudah tahu tetapi untuk rakan-rakan yang masih belum tahu, kami sudah bertunang hujung tahun lalu… dan bakal melahirkan anak awal musim panas nanti,” katanya.

Johnson, 55, yang pernah berkahwin dua kali dan bercerai pada 2018, selepas 26 tahun hidup dengan bekas isterinya, bercinta dengan Symonds yang berusia 31 tahun sejak awal tahun lalu. – AFP

Perdana Menteri Britain dan pemimpin Konservatif Boris Johnson dan Carrie Symonds di Uxbridge, London. – AFP