Tuesday, May 13, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    PM Vietnam seru tingkat pencegahan H7N9

    HANOI, 28 Feb – Perdana Menteri Vietnam Nguyen Xuan Phuc menyeru kementerian dan sektor untuk meningkatkan usaha yang lebih bagi mencegah virus selesema burung daripada memasuki Vietnam tatkala wabak selesema burung telah merebak di kebanyakan negara di seluruh dunia.

    Kementerian Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar Vietnam (MARD) diminta untuk mengambil tindakan terhadap penyebaran virus, termasuk dengan menyembur bahan kimia dalam pasar ayam dan ladang-ladang, lapor agensi berita negeri yang dikendalikan VNA hari ini.

    Kementerian juga perlu mengawasi keadaan tepat pada masanya untuk mengesan dan menangani wabak, ke arah mencegah virus daripada merebak kepada manusia.

    Sementara itu, Kementerian Kesihatan dan MARD akan bekerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan antarabangsa untuk perkembangan penyakit baru yang berkaitan dengan virus selesema burung, mening-katkan langkah-langkah pencegahan dan mengatur rawatan dalam kes-kes jangkitan yang berkaitan virus A/H7N9.

    Pada masa yang sama, pengerusi Jawatankuasa Rakyat di seluruh negara bertanggungjawab untuk mengarahkan agensi dan kuasa-kuasa yang berkaitan untuk mengendalikan perdagangan dan produk ayam haram rentas sempadan dan cepat mengesan wabak, berkata VNA.

    Setakat ini, Vietnam telah melaporkan tiada jangkitan manusia H7N9. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda