Friday, April 19, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    PMCAF adakan lawatan ke SR PKNBB

    Oleh Nurdiyanah R.

    TUTONG, 23 MEI – Delegasi Yayasan Anugerah Puteri Maha Chakri (PMCAF) dari Thailand telah meneruskan agenda lawatan mereka di negara ini dengan mengadakan kunjungan ke Sekolah Rendah Pengiran Kesuma Negara Bukit Beruang (SR PKNBB), Daerah Tutong, pagi tadi.

    Semasa kunjungan berkenaan, rombongan yang diketuai oleh Pengerusi Yayasan PMCAF, Dr Krissanapong Kirtikara itu mendengar sesi perkongsian dan meninjau pengajaran Awang Mohamad Amir Irwan bin Haji Moksin, penerima PMCA ke-5 pada tahun ini dari Negara Brunei Darussalam yang bertugas selaku tenaga pengajar di sekolah tersebut.

    Ketibaan rombongan telah dialu-alukan oleh Pengarah Jabatan Sekolah-sekolah, Dayang Marina Chek binti Bujang, dan guru besar sekolah berkenaan, Dayang Hazibah binti Haji Abdul Manan.

    Lawatan dimulakan dengan ucapan alu-aluan dan taklimat mengenai sekolah berkenaan yang disampaikan oleh guru besar manakala Awang Mohamad Amir menyampaikan sesi perkongsian antaranya berkisar pengalaman aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan pencapaian perlaksanaan projek.

    Rombongan turut berpeluang mengadakan tinjauan pengajaran ke kelas yang dipimpin oleh Awang Mohamad Amir dan menyaksikan pameran perjalanan kerjaya beliau.

    Lawatan berkenaan bertujuan agar pihak PMCAF dapat melaksanakan perjumpaan secara lebih dekat dengan meninjau pengajaran yang dipraktikkan oleh penerima anugerah yang mana ia merupakan ciri-ciri utama yang dijadikan asas dalam pemilihan anugerah tersebut.

    Turut hadir semasa lawatan tersebut ialah pegawai-pegawai kanan dari Kementerian Pendidikan.

    Rombongan berkenaan berada negara ini selama empat hari sehingga esok di mana mereka juga telah mengadakan kunjungan hormat kepada Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras) di Kementerian Pendidikan, Dr Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin, kelmarin.

    Mereka juga berkesempatan membuat lawatan ke sekolah dan institusi tempat bertugas para penerima PMCA dari negara ini bagi tahun-tahun sebelumnya.

    Dr Krissanapong Kirtikara semasa mengadakan tinjauan ke salah sebuah kelas di sekolah tersebut.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...