Wednesday, October 16, 2024
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    PME sasar siapkan lebih 100 kapal

    KUALA PERLIS, 12 Okt – Perlis Marine Engineering Sdn Bhd (PME) menyasarkan menyiapkan lebih 100 kapal menangkap ikan laut dalam, berteknologi moden bernilai kira-kira USD100 juta dalam tempoh lima tahun, secara usaha sama dengan syarikat China, LuHaiFeng Holding (M) Sdn Bhd (LHF).

    Menurut Pengurus Besar PME Kapten Ahmad Azamri Muhamad Nor usaha sama itu adalah hasil memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani antara kedua-dua pihak di tapak dermaga PME di sini semalam.

    Ahmad Azamri mewakili PME manakala Pengarah Eksekutif LHF, Ben Lee mewakili LHF memeterai MoU itu.

    Mengikut MoU berkenaan, PME menyediakan kemudahan di dermaganya di sepanjang Sungai Perlis di sini seluas 5.6 hektar, manakala LHF bertanggungjawab membawa komponen kapal dari syarikat induk LHF di Qingdao, China untuk dipasang di PME serta membuat pemasaran dan membantu mendapatkan pinjaman untuk pembeli, kata Ahmad Azamri. Katanya kapal menangkap ikan yang akan dipasang berukuran 22 meter hingga 25 meter panjang diperbuat dari pada besi tahan karat atau gentian kaca, direka untuk menangkap ikan yang berbeza dan berharga tidak kurang RM2 juta sebuah.

    “MoU ini juga seiring agenda kerajaan untuk mentransformasikan aktiviti penangkapan ikan laut dalam menggunakan kapal-kapal berteknologi tinggi seperti di negara maju.

    Usaha ini merupakan kejayaan buat PME yang sebelum ini hanya membina bot dan kapal peronda untuk pihak berkuasa negara seperti Jabatan Kastam,” kata Ahmad Azamri kepada media selepas majlis menandatangani MoU itu. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda