Monday, May 12, 2025
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    PMI S’pura merosot kepada 49.7 pada Okt

    SINGAPURA, 3 NOV – Indeks pengurus pembelian Singapura (PMI), petunjuk awal aktiviti pembuatan, susut 0.2 mata daripada bulan sebelumnya untuk mencatatkan penguncupan berterusan bulan kedua pada 49.7, lapor Xinhua.

    Bacaan PMI terkini itu ada kaitannya dengan penguncupan yang lebih pantas dalam indeks utama pesanan baharu, keluaran kilang dan inventori, menurut Institut Pembelian dan Pengurusan Bahan Singapura (SIPMM) yang menerbitkan Indeks Pengurus Pembelian Singapura setiap bulan, kelmarin.

    PMI sektor elektronik Singapura susut 0.3 mata berbanding angka September untuk mencatatkan penguncupan selanjutnya kepada 49.1 pada Oktober, yang merupakan penguncupan bulan ketiga berturut-turut bagi sektor elektronik disebabkan penguncupan yang lebih pantas dalam indeks utama pesanan baharu, eksport baharu, keluaran kilang, inventori dan pekerjaan. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda