Monday, May 12, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    PMKS sokong anggota barisan depan

    Oleh Yusrin Junaidi

    Bandar Seri Begawan, 15 Ogos – Dalam menyokong anggota barisan depan yang bertungkus-lumus memerangi penularan wabak COVID-19, pelbagai perusahaan kecil mikro dan sederhana (PMKS) telah melaksanakan misi pembekalan makanan kepada anggota barisan hadapan negara.

    Penyaluran bantuan makanan, minuman dan sebagainya itu bertujuan menyuntik semangat anggota barisan hadapan untuk terus memberi perkhidmatan terbaik sepanjang tempoh ini.

    Pengusaha minuman Milo, Ijoi menyatakan bahawa pihak mereka memperuntukkan sebanyak 1,000 gelas milo setiap hari untuk anggota barisan hadapan di beberapa lokasi yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan, pengawal keselamatan dan sukarelawan di Daerah Tutong, Belait dan Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS).

    Menurut Ijoi, sumbangan berkenaan adalah hasil sumbangan daripada orang ramai melalui mereka yang sama-sama ingin memberikan bantuan berupa makanan dan minuman.

    Dengan ini, telah menunjukkan betapa prihatinnya orang ramai akan kemaslahatan pihak anggota barisan hadapan dalam membendung wabak COVID-19 di negara ini.

    Semoga dengan adanya usaha dan kerja keras anggota barisan hadapan akan dapat memutus rantaian wabak COVID-19 dengan secepat mungkin.

    Pengawal keselamatan menunjukkan minuman yang disumbangkan orang ramai melalui Ijoi.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda