Ahad, 23 November 2025
28 C
Brunei

    Berita Terkini

    PMO, MOHA buat perhitungan di final

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWA, 9 SEPT – Pemain setiap pasukan Kejohanan Piala Keputeraan 2025 terus memberikan corak permainan yang tidak menghampakan penonton dan penyokong pasukan masing-masing untuk terus berusaha berada di kedudukan teratas kejohanan bagi musim tahun ini.

    Sementara itu, Pasukan Bola Sepak Jabatan Perdana Menteri (PMO) akan bertemu dengan pasukan Bola Sepak Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (MOHA) di pusingan akhir kejohanan Bola Sepak Kementerian-Kementerian bagi merebut Piala Keputeraan 2025 yang akan diadakan di Padang Kompleks Sukan Berakas pada sebelah malam 13 September ini.

    Terdahulu itu, dalam perlawanan bagi menentukan pasukan yang mara ke final dalam perlawanan yang diadakan di Kompleks Sukan Berakas, kelmarin di antara Pasukan PMO dan Pasukan Kementerian Pertahanan (MINDEF), Pasukan PMO telah melangkah ke peringkat akhir selepas berjaya menundukkan pasukan MINDEF dengan jaringan 7-1.

    Sementara perlawanan yang diadakan di Padang dan Belapan, Berakas, pasukan MOHA dengan mudah membelasah pasukan Bola Sepak Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan dengan jaringan 9-0 pada perlawanan separuh akhir.

    Pada perlawanan di antara PMO dan MINDEF, Pasukan PMO membuka tirai jaringan menerusi Nur Yamin Haji Muhammad diminit ke 4 sebelum Abdul Azim Abdul Rashid menambah kelebihan jaringan di minit ke 7 dan memanfaatkan umpan rakan untuk  mencipta jaringan di minit ke 12.

    Dibabak kedua pula penyokong pasukan PMO kembali bergembira selepas menyaksikan sentuhan hantrik Abdul Azim diminit ke 48.

    Pasukan MINDEF yang berusaha bersungguh-sungguh mengimbangi perlawanan dan penyerang pantas, Abdul Azizi Ali Rahman berjaya memecah benteng pertahanan PMO di minit ke 74.

    Namun, PMO terus garang dengan serangan-serangan pantas yang gagal dibendung oleh pertahanan MINDEF sekali gus menyaksikan gawang mereka terus digegarkan.

    Jaringan Aidil Eswandy Akit di minit ke79, Sharifa Tamimi (81’) dan Muhammad Safwan Haji Mohd. Safari menerusi jaringan di minit ke 85 telah mengesahkan kemenangan bergaya  7-1 sekali gus melayakkan pasukan PMO untuk mara ke peringkat akhir.

    Manakala dalam perlawanan di antara MOHA dan MYSC pula, sentuhan jaringan terpantas kejohanan menerusi Muhd Maududi Kasmi seawal minit pertama membuka tirai jaringan pasukan MOHA

    Pasukan MCYS yang bangkit untuk menyamakan kedudukan bagaimanapun hampa menyaksikan gawang mereka kembali bergegar menerusi Mohd. Asnawi Syazni Abdul Aziz minit ke 37.

    Penyerang MOHA, Mohd. Asnwa Syazni menjarakkan jurang jaringan ketika babak kedua pasukan berusia dua minit dan kesilapan Mohd. Azri Zhafri Zeini yang tertolak bola ke gawang sendiri di minit ke 51 mula melesukan pasukan MCYS.

    Kombinasi menarik dengan hantaran-hantaran tepat memberi kelebihan pasukan MOHA menguasai banyak sudut untuk mencipta jaringan bertalu.

    Mohd. Asnawi Syazni sempat mencipta jaringan hatrik di minit ke 60 dan Muhd. Hafis Haji Mahari menambah kesengsaraan pasukan lawan dengan jaringan di minit ke 74.

    Dua jaringan terakhir buat MOHA disumbangkan menerusi pemain gentian, Md. Faiz Farhan Kamat di minit ke 80 dan 89 untuk melengkapkan kemenangan besar 9-0 sekali gus sebagai amaran peringkat akhir.

    Tindakan pantas pemain MOHA dan MYCS untuk mengawal dalam perlawanan yang diadakan kelmarin. – GAMBAR SERAHAN PENGANJUR KEJOHANAN PIALA KEPUTERAAN 2025
    Menteri MOHA memberi suntikan semangat kepada pasukan MOHA semasa menentang MYCS, – GAMBAR SERAHAN PENGANJUR KEJOHANAN PIALA KEPUTERAAN 2025

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda