Saturday, May 10, 2025
26.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    PMR 2025 wadah pembuka minda rakyat terus majukan diri

    TAWAU, 9 MEI – Penganjuran Program MADANI Rakyat (PMR) 2025 Sabah di Tawau merupakan wadah yang membuka minda masyarakat bagi membudayakan inovasi untuk maju dalam setiap bidang diceburi, demikian menurut pemimpin masyarakat di sini.

    Justeru, penduduk di Tawau dan daerah di sekitarnya seperti Kalabakan, Kunak, Semporna dan Lahad Datu tidak seharusnya mensia-siakan program yang berlangsung di Dataran Majlis Perbandaran Tawau (MPT) bermula hari ini hingga Ahad kerana ia tidak selalu diadakan di daerah ini.

    Program yang diterajui Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) bertemakan Menoktahkan Kemiskinan Melalui Keusahawanan itu menyediakan 36 reruai kementerian serta agensi Persekutuan dan negeri, dan juga 204 perkhidmatan touchpoint rakyat.

    Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kukusan Datuk Rina Jainal berkata penduduk sekitar perlu merebut peluang dengan menghadiri program tiga hari itu kerana ia menyediakan pelbagai maklumat dan peluang kepada mereka untuk menerokai bidang yang ingin diceburi.

    “PMR yang dirancang sangat inklusif, ada sesi berkaitan ekonomi, advokasi, soal keselamatan…penduduk Tawau boleh mendapatkan banyak informasi melalui pengisian program dalam PMR selain membuka ruang idea untuk perniagaan,” katanya kepada Bernama. – Bernama

    Orang ramai berkunjung ke Program MADANI Rakyat (PMR) 2025 Sabah di Tawau. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda