Thursday, February 6, 2025
22.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    PNG buka hospital kecemasan sementara

    PORT MORESBY, 30 MAC – Papua New Guinea (PNG) hari ini menukar sebuah pusat sukan menjadi hospital sementara merawat COVID-19 ketika negara Asia Pasifik itu bergelut menangani peningkatan kes koronavirus.

    Hospital 290 katil itu menerima dua orang pesakit pada Isnin dan dijangka menerima lebih ramai pesakit dari Hospital Umum Port Moresby bermula hari ini, dalam usaha negara itu meredakan bebanan ‘teruk’ sistem penjagaan kesihatan.

    Selepas hampir setahun tanpa jangkitan komuniti meluas, satu penularan mendadak di negara miskin itu mengakibatkan pesakit terpaksa diabaikan daripada kemudahan kesihatan yang terbeban atau dilaporkan dirawat di lantai hospital-hospital.

    Ketua pegawai eksekutif St John Ambulance PNG, Matt Cannon mengatakan kemudahan sementara COVID-19 itu disediakan dalam masa kurang dua minggu, namun terpaksa dikecilkan jumlahnya kerana kekurangan kakitangan perubatan yang jatuh sakit akibat virus.

    “Ia adalah cabaran besar bagi kami di sini, kami kekurangan doktor dan jururawat,” beritahunya kepada AFP.

    Pembukaan kemudahan itu – yang sebelum ini adalah pusat akuatik – dibuat ketika negara itu memulakan pemberian vaksin dan dalam masa yang sama, menangani maklumat salah mengenainya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda