Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    PNI, PDI anjur Majlis Khatam Al-Quran

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 FEB – Persatuan Nurul Islam (PNI), Daerah Brunei dan Muara bersama Bahagian Pembangunan Mualaf (Pengupayaan Mualaf), Pusat Dakwah Islamiah (PDI), kelmarin, telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran bersempena Nisfu Syaaban.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis di Musholla Al-Ameen, PDI itu ialah Pegawai Perkembangan Ugama selaku Pemangku Ketua Bahagian Pengembangan Dakwah, PDI, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Pengiran Haji Jufri bin Pengiran Haji Hidop. Majlis khatam tersebut turut diisikan dengan solat Fardu Maghrib dan Isyak berjemaah, bacaan Surah Yasin dan Doa Khas sempena Nisfu Syaaban.

    Selain itu, tazkirah bertajuk Kelebihan Bulan Syaaban dan Persediaan menjelang Ramadan turut diadakan yang disampaikan oleh Pegawai Perkembangan Ugama I-Ready, PDI, Awang Ahmad Naufal Azizi bin Mohammad Norisham.

    Majlis khatam berkenaan dihasratkan dapat memberikan galakan kepada para mualaf untuk membiasakan diri membaca Al-Quran walau hanya sepotong ayat secara rutin, sekali gus dapat memupuk rasa kehambaan diri kepada Allah SWT yang mendalam untuk menjadi mukmin sejati.

    Turut hadir ialah ahli-ahli PNI, pelajar-pelajar Kelas Bimbingan Mualaf serta para pegawai dan kakitangan PDI.

    Pengiran Haji Jufri hadir selaku tetamu kehormat semasa majlis berkenaan. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda