Oleh Nurdiyanah R.
TEMBURONG, 30 APRIL – Dalam sama-sama menyemarakkan lagi bulan Ramadan, Persatuan Nurul Islam (PNI) telah mengadakan Majlis Bertadarus, Tahlil, Sungkai dan Solat Fardu Maghrib Berjemaah di Rumah Panjang Lepong Lama di Daerah Temburong, baru-baru ini.
Rombongan seramai 30 orang ahli PNI itu diketuai oleh Yang Di-Pertua PNI, Haji Hazwan bin Abdullah.
Turut hadir ialah Pemangku Ketua Pegawai Ugama Daerah Temburong, Awang Ali Hassan bin Haji Mohd Said.
Majlis penuh kerohanian itu bertujuan untuk mengeratkan lagi jalinan silaturahim sesama Islam antara ahli persatuan dan masyarakat yang menetap di rumah panjang berkenaan yang mana ia juga secara tidak langsung menyemai diri dan jiwa untuk sama-sama meningkatkan amal ibadat dalam kehidupan seharian.
