LONDON, 2 Nov – Kemenangan 3-1 luar biasa Tottenham ke atas Real Madrid terbukti bahawa mereka selayaknya sebaris dengan pesaing serius bagi gelaran Liga Juara-Juara, kata pengurus Mauricio Pochettino.
Skuad Pochettino menunjukkan persembahan hebat di Wembley bagi menempah tiket ke 16 pasukan terakhir dan memberikan kekalahan pertama Real dalam peringkat kumpulan Liga Juara-Juara dalam tempoh lima tahun.
Sedar bahawa Tottenham belum diterima sebagai salah sebuah pasukan elit Eropah meskipun perkembangan hebat di bawah pengurusannya, Pochettino menegaskan bahawa tidak ada keraguan lagi bahawa pasukannya setanding dengan Real dan kuasa Liga Juara-Juara yang lain.
“Jelasnya kemenangan seperti ini menjadikan kami tumpuan. Ia sesuatu yang dilihat oleh semua orang di Eropah,” katanya. – AFP
![](http://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2017/11/P20-A_031117.jpg)