LONDON, 1 Ogos – Jurulatih Tottenham Hotspur, Mauricio Pochettino berkata sudah tiba masanya bagi pasukannya untuk memenangi gelaran dan ‘beraksi untuk kejayaan.’
Jurulatih dari Argentina itu mengendali pasukan dari London Utara itu menamatkan tangga ketiga berturut-turut dalam Liga Perdana, dan separuh akhir Piala FA dan Piala Liga, tetapi belum mencatatkan sebarang kejayaan dan beliau mahu mengubahnya.
Bercakap menjelang pertemuan pasukannya menentang AC Milan dalam persaingan Piala Juara-Juara Antarabangsa hari ini, Pochettino berkata beliau berharap kegembiraan Piala Dunia oleh beberapa pemain Tottenham seperti Harry Kane, Eric Dier, Toby Alderweireld dan Jan Vertonghen mungkin menggambarkan musim akan datang.
Pochettino berkata beliau mahu melihat pemainnya ‘teruskan perjuangan’ selepas Piala Dunia dan untuk ‘merasakan semangat dalaman.’
“Beraksi untuk kejayaan dan cuba untuk membantu pasukan menang. Ini adalah perkara penting,” katanya.

Jurulatih itu mengakui dia tidak merasa gembira jendela perpindahan musim ini akan ditutup pada 9 Ogos berbanding 31 Ogos, yang berkata ia “terlalu dekat…saya tidak tahu jika kami akan menandatangani (pemain) atau tidak. Kami sedang berusaha. Saya tidak akan memberitahu anda jika kami akan menandantangani, sifar atau dua atau tiga atau empat pemain,” kata bos Spurs
Sementara itu, Pochettino percaya fakta kelab-kelab Inggeris akan memiliki kurang tiga minggu untuk menandatangani pemain berbanding pesaing Eropah mereka, yang bermakna mereka tidak memiliki kelebihan dalam persaingan Eropah.
“Secara peribadi saya rasa ia tidak tepat…kerana kami akan bersaing dalam Liga Juara-Juara dan untuk mempunyai masa kurang 20 hari bagi menandatangani pemain.
“Saya rasa perkara ini tidak akan membantu anda,” jelasnya. – Xinhua