Monday, May 12, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pochettino: Jangan hiraukan kelab lain

    LONDON, 25 Dis – Mauricio Pochettino (gambar) menegaskan bahawa Tottenham tidak perlu terganggu dengan pencapaian pencabar terdekat di mana Spurs cuba untuk merampas kedudukan empat teratas.

    Anak buah Pochettino akan menerima kunjungan Southampton di Wembley selepas melalui beberapa perlawanan tempoh hari dan Spurs dalam rangka untuk mengukuhkan kedudukan.

    Kemenangan selesa di Burnley membantu Spurs untuk melonjak naik ke tangga kelima, satu mata di belakang Liverpool sementara pasukan kendalian Jurgen Klopp berkongsi satu mata dengan Arsenal dan Chelsea dan Manchester United memperolehi keputusan seri.

    Saingan untuk menghuni tempat di belakang pendahulu liga Manchester City dijangka masih terbuka selepas kempen yang tidak konsisten, Pochettino berharap pasukannya memasuki tahun baru ini dengan memperolehi kemenangan.

    “Kami tidak memerlukan kelab lain. Kami perlu mengekalkan momentum dan cuba untuk menang lagi dan konsisten dalam setiap perlawanan,” menurut Pochettino.

    “Jika kami berlawan untuk mendapat sesuatu yang besar, kami perlu konsisten.

    “Tetapi saya pasti bahawa pasukan kini sedang fokus. Pasukan dalam keadaan baik. Ia sangat penting percaya lagi dan kembali senyum selepas menang di Burnley selepas tewas di tangan Manchester City.

    Harry Kane menjadi perancang utama selepas penyerang itu meledak hatrik di Burnley sekali gus mengumpul jaringannya kepada 36 gol dan menyamakan rekod tersebut dengan Alan Shearer ketika berusia 22 tahun. Penyerang England kini mengutip 93 gol Liga Perdana tetapi Pochettino mengakui bahawa Kane perlu konsisten jika dia mahu mengatasi rekod Alan Shearer yang mengumpul 260 gol Liga Perdana.

    “Rekod Alan sangat menakjubkan. Dia pemain yang bagus. Harry beraksi dengan baik. Tetapi Alan sangat konsisten dalam tempoh lebih 10 tahun,” menurutnya.

    “Kamu perlu menghormati pencapaian tersebut kerana melaksanakan tugas dengan baik sekali.

    “Sekarang Harry beraksi dengan baik. Kami berharap ianya berterusan kerana pemain seperti Harry Kane adalah menakjubkan. Saya berharap setiap musim dia akan mencetak 15 gol atau lebih.

    Sementara itu, Southampton beroleh keputusan seri 1-1 di tempat sendiri yang menyaksikan perlawanan itu dicemari dengan pertembungan antara penyerang Southampton Charlie Austin dan penjaga gawang Huddersfield Jonas Lossl.

    Virgil van Dijk berkemungkinan besar akan terlepas untuk beraksi di mana pemain pertahanan itu tidak beraksi semasa berdepan Huddersfield.

    “Terdapat banyak spekulasi mengenainya,” kata pengurus Southampton, Mauricio Pellegrino.

    “Saya tidak dapat mengawalnya tetapi saya perlu memikirkan perlawanan seterusnya. Kami akan berlatih esok dan memutuskan siapa yang boleh beraksi.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda