Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Pochettino mahu Chelsea rosakkan ‘pesta’ Klopp

    LIVERPOOL, 31 JAN – Mauricio Pochettino berharap Chelsea tidak memberikan Liverpool alasan untuk meraikannya ketika kedua-dua pasukan itu bertembung hari ini dalam perlawanan pertama Liga Perdana The Reds sejak Jurgen Klopp mengumumkan dia akan meninggalkan kelab itu pada penghujung musim.

    Klopp dibuai oleh penonton Anfield yang memujanya semasa kemenangan 5-2 Piala FA ke atas Norwich pada Ahad hanya 48 jam selepas dia membuat pengumuman mengejutkan bahawa dia akan berlepas pada Mei selepas hampir sembilan tahun berkhidmat.

    Liverpool juga akan bertemu Chelsea dalam perlawanan akhir Piala Liga bulan depan di Wembley tetapi Pochettino berharap untuk mengecewakan Klopp walaupun dia mengagumi pengurus Jerman itu.

    “Ia adalah perlawanan istimewa untuknya. Sehingga akhir ia akan menjadi istimewa,” kata Pochettino pada sidang media pra-perlawanannya

    “Setiap kali mereka bermain di Anfield, ia akan menjadi pesta untuk meraikan dan memberikannya semua kasih sayang yang dirasakan oleh peminat untuknya dan saya rasa dia berhak mendapatkannya.

    “Tetapi kami berfikir untuk pergi ke sana dan memenangi perlawanan. Maaf, tetapi kami tidak mahu terlibat sebagai sebahagian daripada perayaan itu,” tambahnya.

    Klopp, 56, berkata dia tidak lagi mempunyai tenaga untuk meneruskan dan berjanji untuk mengambil cuti sekurang-kurangnya satu tahun.

    Tetapi Pochettino, yang hampir setahun cuti sebelum menyertai Chelsea pada Julai, percaya pengurus Jerman itu boleh kembali lebih awal daripada yang dijangkakan.

    “Selepas beberapa bulan di rumah, Jurgen pasti akan mula rindu akan sesi latihan, pemain-pemain. Apabila awda berada di bahagian lain dalam hidup awda, awda mula terlepas bahagian yang sangat penting untuk awda,” tambah Pochettino. – AFP

    Mauricio Pochettino memberi arahan dari barisan tepi semasa perlawanan bola sepak pusingan keempat Piala FA Inggeris di stadium Stamford Bridge di London pada26 Januari. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...