LONDON, 3 SEPT – Mauricio Pochettino mengakui bahawa pasukan mudanya perlu lebih matang selepas kekalahan yang mengejutkan 1-0 menentang Nottingham Forest, kelmarin. Gol tunggal Anthony Elanga menghukum pasukan Pochettino dengan kekalahan kedua dalam empat perlawanan Liga Perdana yang dikendalikan oleh jurulatih Argentina itu. Bekas pemain sayap Manchester United, Elanga, menghukum kesilapan Moises Caicedo, meluru masuk