Thursday, November 14, 2024
29 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pochettino terkejut Chilwell beraksi untuk England

    LONDON, 29 MAC – Pengurus Chelsea, Mauricio Pochettino berkata kelmarin dia terkejut apabila mengetahui Ben Chilwell bermain dua perlawanan untuk England semasa rehat antarabangsa selepas pemain pertahanan itu baru pulih daripada kecederaan lutut.

    Kali terakhir Chilwell bermain untuk Chelsea adalah pada 2 Mac lalu menentang Brentford dan hanya selama beberapa minit sebagai pemain gantian pada lewat permainan dalam saingan Piala FA menentang Leicester.

    Namun begitu, pemain berusia 27 tahun itu beraksi sepanjang permainan antara England dengan Belgium di Wembley pada Selasa lalu, tiga hari selepas bermain selama 67 minit menentang Brazil.

    Chelsea kini mempunyai sembilan pemain diketepikan daripada perlawanan Liga Perdana Sabtu ini menentang Burnley di Stamford Bridge, dengan beberapa pemain lain akan dinilai selepas tugas antarabangsa, termasuk Chilwell, yang mengalami kecederaan lutut ketika menentang Belgium.

    “Dia tidak bermain selepas menentang Brentford, kemudian dia bermain sekejap menentang Leicester,” kata Pochettino. “(Seterusnya) dia memulakan dua perlawanan (untuk England).

    “Ia satu kejutan buat kami. Nasib malang kerana dia cedera pada saat terakhir menentang Belgium. Sekarang kami perlu menilai sama ada dia boleh bermain,” ujar Pochettino.

    Enzo Fernandez, yang bermain dua kali untuk Argentina di Amerika Syarikat baru-baru ini, juga akan dipantau kecergasannya menjelang perlawanan hujung minggu ini.

    Tetapi penjaring terbanyak Chelsea, Cole Palmer boleh diturunkan menentang Burnley, walaupun pemain berusia 21 tahun itu tidak beraksi untuk England baru-baru ini.

    Chelsea kini berada di tangga ke-11, sementara Burnley di zon penyingkiran. – AFP

    Aksi Ben Chilwell (kiri) semasa perlawanan persahabatan England menentang Belgium di stadium Wembley, London, pada 26 Mac lalu. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda