LONDON, 20 Ogos – Pengurus Tottenham Hotspur, Mauricio Pochettino berkata bahawa pasukannya hanya akan menyalahkan diri sendiri jika mereka tidak dapat menjadi Wembley ‘gelanggang sendiri’ musim ini.
Spurs malang di Wembley musim lepas selepas memindahan perlawanan gelanggang sendiri mereka bagi aksi Liga Juara-Juara di sana dan akan bermain dalam kesemua perlawanan gelanggang sendiri di stadium itu musim ini sementara White Hart Lane dibina semula.
Rekod buruk mereka di stadium negara itu telah membawa kepada percakapan mengenai ‘malang Wembley’, tetapi menjelang perlawanan Liga Perdana menentang juara Chelsea, Pochettino tidak mahu mempedulikannya.
“Wembley bukan satu masalah. Kami adalah masalahnya jika kami tidak menang seperti musim lepas, kata warga Argentina itu, yang menyaksikan pasukannya menamatkan di tangga kedua musim lepas di belakang Chelsea.
“Jika kami gagal menang di sana, ia bukan kerana Wembely, ia adalah kerana kami. Ia merupakan tempat yang paling seronok untuk bermain bola sepak.
“Baiklah, ia adalah sukar untuk berpindah dari White Hart Lane ke Wembley (musim lepas) dan ia adalah alasan sempurna untuk semua orang. kini ia bukan lagi satu masalah.”
Sejak Wembley dibuka semula pada tahun 2007 selepas pembinaan semula, rekod Tottenham sangat buruk, dengan hanya dua kemenangan daripada 10 perlawanan.
Mereka tewas dua kali di sana dalam peringkat kumpulan Liga Juara-Juara, kepada Monaco dan Bayer Leverkusen, dan ditewaskan dalam tiga separuh akhir Piala FA, termasuk kekalahan 4-2 kepada Chelsea.
Permukaan padang adalah 105 meters panjang dan 69 lebar, berbanding 100m x 67m di White Hart Lane. Jadi Spurs perlu menyesuakan diri dengan pada lebih besar. – AFP