Wednesday, April 23, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pochettino yakin Son ganti Kane

    LONDON, 13 Mac – Mauricio Pochettino berkata Son Heung-Min telah membuktikan bahawa dia mampu menggantikan tempat Harry Kane yang cedera selepas hatrik penyerang Tottenham itu mendiamkan ejekan perkauman penyokong Millwall.

    Son mendapati dirinya menjadi tumpuan di White Hart Lane awal pagi tadi ketika dia menjaringkan gol pertamanya sejak Januari dalam kemenangan 6-0 dalam suku akhir Piala FA ke atas Millwall.

    Bintang Korea Selatan itu memberikan respons sempurna kepada bahagian penyokong Millwall, yang menyasarkan ejekan kepadanya di separuh masa pertama.

    Mereka didengar menyanyikan ‘dvd’ dan ‘three for a fiver’ dengan merujuk pada stereotaip pasaran Asia yang menjual salinan filem haram.

    Jaringan-jaringan Son juga tepat pada masanya bagi bos Tottenham, Pochettino, yang bimbang Kane mungkin diketepikan kerana kecederaan buku lali bagi baki musim ini.

    Harry Kane (kiri) meninggalkan padang selepas cedera dalam aksi suku akhir Piala FA menentang Millwall di White Hart Lane. – AP
    Harry Kane (kiri) meninggalkan padang selepas cedera dalam aksi suku akhir Piala FA menentang Millwall di White Hart Lane. – AP

    Kane meninggalkan Lane dengan memakai kasut perlindung dan Pochettino bimbang ia mungkin kecederaan sama dengan yang telah menyebabkan penyerang England itu diketepikan selama tujuh minggu pada awal musim ini.

    Ia akan meninggalkan Son dan Vincent Janssen, yang juga menemui sasaran menentang Millwall, sebagai pilihan utama bagi peranan penyerang Pochettino.

    “Setentunya saya sedih dengan kecederaan Harry tetapi kami mempunyai jalan penyelesaian,” kata Pochettino.

    “Harry Kane merupakan antara penyerang terbaik di England tetapi kita tidak boleh mengeluh. Ia bukan alasan jika kami tidak mencapai sesuatu matlamat tanpa Harry.

    “Apabila para pemain tidak bermain dengan kerap, mereka perlu bersedia menunjukkan kualiti mereka. Ia adalah mengenai persembahan berpasukan, dengan nama dan pemain yang berbeza.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda