Thursday, April 3, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pod autonomi SC-1 dilancar

    Adakah fiksyen mengambil inspirasi daripada dunia sebenar atau sebaliknya berlaku? Di dalam banyak karya fiksyen sains, kenderaan autonomi kerap kali dipaparkan.

    Fiksyen semakin hampir menjadi realiti dengan pelancaran SC-1 Sociable Cart, sebuah pod penumpang autonomi yang dibangunkan oleh Sony dan Yamaha Motor.

    Pod ini boleh membawa sehingga enam penumpang dengan kemampuan autonomi. Ia menggunakan kuasa elektrik sepenuhnya bagi mengurangkan pencemaran dan bergerak pada kelajuan maksimum 19km/j. Sony menyumbang kepakaran mereka dengan penggunaan tujuh sensor kamera yang menjadi mata kepada SC-1.

    Empat skrin 55″ LCD  beresolusi 4K diletakkan pada bahagian luar kenderaan untuk memaparkan maklumat ataupun iklan. Sebuah skrin 49″ LCD 4K pula diletakkan di dalam kabin untuk menghiburkan penumpang. Yamaha pula membangunkan sistem panduan elektronik dan autonomi mereka.

    Projek Social Cart ini telah dibangunkan sejak 2016 bermula sebagai sebuah konsep. SC-1 akan digunakan di Jepun menjelang penghujung 2019 sebagai sebuah kenderaan jarak dekat di padang golf Kanucha, Okinawa. – Agensi

    Pod ini menggunakan kuasa elektrik sepenuhnya bagi mengurangkan pencemaran dan bergerak pada kelajuan maksimum 19 km/j. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda