Ahad, 23 November 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pogacar kekal bermotivasi hadapi kejohanan dunia

    KIGALI, 12 SEPT – Juara bertahan Tour de France, Tadej Pogacar menegaskan motivasi untuk meraih kemenangan masih utuh ketika dia bersiap sedia menghadapi Kejohanan Berbasikal Jalan Raya Dunia Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) hujung bulan ini.

    Pelumba berusia 26 tahun dari pasukan UAE Team Emirates XRG itu meraih gelaran keempat Tour de France pada Julai lalu sebelum memilih untuk tidak menyertai Vuelta a Espana.

    Pogacar kembali beraksi dalam perlumbaan sehari di Quebec dan Montreal sebelum memberi tumpuan kepada kejohanan dunia yang dijadual berlangsung di Rwanda dari 21 hingga 28 September nanti.

    “Memang sukar untuk kekal berada pada tahap terbaik menjelang penghujung musim, tetapi saya masih bermotivasi untuk baki enam perlumbaan terakhir,” katanya kepada pemberita kelmarin.

    “Kejohanan dunia sudah menjadi sasaran utama sejak awal musim. Saya berharap dapat mencapai kemuncak prestasi ketika kejohanan itu, itulah matlamat utama sebelum musim berakhir.

    “Saya juga berharap dapat mengekalkan prestasi sehingga ke Lombardy sebelum bercuti.

    Namun awda tidak pernah tahu tahap sebenar, ia bergantung pada naluri,” katanya. – Reuters

    Tadej Pogacar meraikan di atas podium dengan jersi kuning pendahulu keseluruhan selepas peringkat ke-21 pada 27 Julai lalu.
    – AFP

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda