Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Pogacar menang Jelajah Andalusia

    MADRID, 20 FEB – Pelumba basikal ranking teratas dunia, Tadej Pogacar memulakan musim perlumbaan jalan raya dengan gaya dominan apabila dia meraih kemenangan keseluruhan di Jelajah Andalusia kelmarin.

    Dia juga memenangi perlumbaan pemanasan badan minggu lalu untuk jelajah ini, semi-klasik Jaen Paraiso Interior.

    Pemenang dua kali Tour de France itu meraih tiga kemenangan peringkat dan juga gelaran keseluruhan dalam perlumbaan lima hari itu.

    Pogacar berkata dia kini mahu merampas kembali gelaran Tour de France dan juga mencuba tiga perlumbaan monumen pada musim ini yang mana dia gagal pada musim lalu.

    “Dengan keputusan itu, saya mungkin sedikit terkejut, tetapi saya tahu tahap saya adalah baik. Saya berasa sangat kuat, dan saya harap saya boleh berasa sama kuat dalam perlumbaan seterusnya,” tambahnya.

    Pemain Slovenia berusia 24 tahun itu kini mempunyai 51 kemenangan atas namanya.

    Terserlah dalam senarai Anadalucia ialah tiga orang Sepanyol dalam lima teratas yang juga kelihatan bersedia untuk mencipta kejayaan pada 2023.

    Di tempat kedua, Mikel Landa dari Bahrain-Merida ketinggalan 1 minit 24 saat manakala pemain muda Ineos Carlos Rodriguez di tempat keempat pada 1 minit 44 saat, dan Enric Mas dari Movistar berada di tempat kelima dengan hanya lebih dua minit.

    Trio ini semuanya bersedia untuk menjulang gelaran pada tahun 2023. – AFP

    Pogacar menerima hadiah selepas menang Jelajah Andalusia. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...