Monday, March 31, 2025
25.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pogacar sasar kemenangan Paris-Roubaix

    PARIS, 27 MAC – Juara tiga kali Tour de France, Tadej Pogacar akan berlumba di Paris-Roubaix yang terkenal, dikenali sebagai ‘Hell of the North’ disebabkan jalan batu kerikil yang berbahaya, buat pertama kali, kata pasukannya UAE, kelmarin.

    Daripada lima perlumbaan besar dalam sehari yang dikenali sebagai ‘Monumen’, Paris-Roubaix adalah yang paling tidak sesuai dengan tubuh langsing Pogacar dari Slovenia dan menambah gelaran itu akan mengesahkan statusnya yang semakin meningkat sebagai salah satu legenda sukan.

    Dia akan menjadi juara Tour de France yang pertama untuk mengharungi perlumbaan yang sering dikenali sebagai ‘mudfest’ sejak Greg Lemond pada 1991 – atlet Amerika yang menamatkan perlumbaan di tempat ke-55.

    Legenda berbasikal, Bernard Hinault dan Eddy Merckx juga bersaing untuk menang perlumbaan satu hari itu pada 1982 dan 1975, masing-masing setahun selepas mereka memenangi Tour de France.

    Kedua-duanya gagal, walaupun Merckx menamatkan perlumbaan di tempat kedua, tewas di garisan penamat kepada Roger De Vlaeminck. Namun, mereka berdua mencatat pencapaian yang mungkin lebih besar dengan memenangi dua perlumbaan dalam tahun yang sama, dengan Merckx melakukan ‘double’ pada 1970 dan Hinault pada 1981.

    Aksi Tadej Pogacar semasa melintasi bahagian batu kerikil di peringkat ke-5 perlumbaan Tour de France edisi ke-109, pada 6 Julai 2022. – AFP

    Kemenangan pada 13 April ini akan memberi peluang kepada Pogacar untuk menyertai duo elit itu.

    Dia sudah memiliki tujuh kemenangan Monumen, termasuk Tour of Flanders 2023. Pogacar juga telah memenangi Il Lombardia selama empat tahun berturut-turut dan Liege-Bastogne-Liege dua kali.

    “Pada mulanya, Tadej Pogacar dirancang menyertai E3 Saxo Classic dan Gent-Wevelgem,” kata kenyataan UAE.

    “Bagaimanapun, selepas perbincangan dengan pasukan, telah diputuskan bahawa dia akan mengubah jadualnya untuk memberikan tumpuan kepada Tour of Flanders dan Paris-Roubaix, dengan sasaran mencapai prestasi terbaik dalam perlumbaan ikonik tersebut.”

    Perubahan rancangan tersebut adalah kemenangan bagi Pogacar, yang telah menyatakan bahawa dia lebih gemar perlumbaan satu hari berbanding perlumbaan pelbagai peringkat, memandangkan dia telah bertekad untuk bertanding dalam Paris-Roubaix, walaupun bertentangan dengan kehendak pengarah pasukannya yang bimbang tentang kemungkinan berlakunya kecederaan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    Tidak sengaja