Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pogacar tidak cedera serius selepas kemalangan di Tour de France

    TOULOUSE, 17 JULAI – Juara bertahan Tour de France, Tadej Pogacar tidak mengalami sebarang kecederaan serius dalam insiden kemalangan ketika saingan peringkat ke-11 kejohanan itu kelmarin, lapor agensi berita Jerman (dpa).

    Pasukan UAE Emirates memaklumkan bahawa Pogacar bersedia untuk meneruskan perlumbaan.

    Pasukan itu menambah bahawa doktor akan terus memantau keadaan pelumba yang telah tiga kali memenangi kejohanan tersebut, namun buat masa ini beliau disahkan layak dari segi perubatan untuk berlumba.

    “Syukurlah, Tadej hanya mengalami lebam dan luka ringan tanpa sebarang keretakan tulang atau gegaran otak. Beliau cergas dan bersedia untuk aksi esok!” menurut kenyataan pasukan itu di platform X. Pogacar terjatuh kira-kira 4 kilometer sebelum garisan penamat di Toulouse dan berkata insiden berlaku selepas beliau dipotong oleh pelumba lain.

    Beliau turut berterima kasih kepada kumpulan pelumba yang memperlahankan kayuhan untuk membolehkannya menyertai semula dan tidak kehilangan masa.

    Pogacar kini berada di kedudukan kedua dalam klasifikasi keseluruhan, 29 saat di belakang pelumba Ireland, Ben Healy, ketika saingan memasuki tiga peringkat sukar di banjaran Pyrenees bermula hari ini, yang dijangka menyaksikan perubahan kedudukan pendahulu. – Bernama

    Aksi Tadej Pogacar memecut hingga ke garisan penamat dalam peringkat ketujuh edisi ke-112 perlumbaan berbasikal Tour de France, pada 11 Julai. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda