Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Pogba berdepan penggantungan empat tahun

    ROM, 8 DIS – Pemenang Piala Dunia Perancis, Paul Pogba kemungkinan berdepan hukuman panjang selepas tribunal anti-doping kebangsaan Itali menggesa penggantungan empat tahun ke atas pemain tengah Juventus itu, kata sumber kelab kepada AFP kelmarin.

    Pogba, 30, digantung sementara pada September selepas didapati positif testosteron.

    Sebulan kemudian sampel B mengesahkan kehadiran bahan tersebut.

    Prosiding oleh sistem keadilan sukan Itali sedang dijalankan manakala pejabat pendakwa raya Turin juga telah memulakan siasatan kehakiman, kerana doping adalah kesalahan jenayah di Itali.

    “Saya boleh mengesahkan bahawa kami me-nerima pemberitahuan pagi ini daripada agensi anti-doping dengan permintaan penggantungan selama empat tahun,” kata sumber Juve kepada AFP.

    Sampel pemenang Piala Dunia 2018 itu dilaporkan diambil pada perlawanan pembukaan musim Serie A kelab itu, kemenangan di Udinese pada 20 Ogos, di mana dia menjadi pemain gantian yang tidak digunakan.

    Wakil Pogba berkata bahawa testosteron datang daripada makanan tambahan yang ditetapkan oleh doktor yang beliau temui di Amerika Syarikat.

    Di bawah Kod Anti-Doping Dunia, Pogba boleh dikenakan penggantungan selama empat tahun, yang boleh dikurangkan separuh jika dia membuktikan bahawa dia tidak bersalah.

    Larangan itu juga boleh dihadkan kepada beberapa bulan jika penggunaan bahan itu berlaku di luar persaingan dan tidak berkaitan dengan tahap prestasinya. – AFP

    Paul Pogba mengawal bola semasa perlawanan bola sepak Piala Itali di Stadium Giuseppe Meazza San Siro, di Milan, Itali pada 26 April. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...