Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Pogba buat penampilan pertama Juventus

    PARIS, 1 MAC – Paul Pogba membuat penampilan pertamanya musim ini ketika Juventus bangkit dua kali daripada ketinggalan untuk memenangi derby di Turin 4-2, hari ini.

    Terdahulu, Cremonese, yang tidak menang sepanjang musim, menewaskan Roma 2-1 dengan Jose Mourinho dilayangkan kad merah, dan pelawat terlepas peluang untuk menamatkan pusingan ke-24 dalam kelompok tiga teratas Serie A.

    Pogba bermain buat kali pertama sejak kembali ke Juventus musim panas lalu apabila dia masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-68 menentang Torino.

    Seorang lagi pemain Perancis, Yann Karamoh, memberi pendahuluan kepada Torino pada

    Aksi Pemain Paul Pogba (kanan) bertarung untuk mendapatkan bola semasa perlawanan bola sepak Serie A menentang Torino di Stadium Juventus di Turin. – AP

    minit pertama. Namun Juan Cuadrado menyamakan kedudukan selepas 16 minit.

    Antonio Sanabria memulihkan kedudukan Torino selepas 41 minit apabila dia menerima hantaran lintang dan melepaskan rembatan yang tajam untuk menewaskan Wojciech Szczesny.

    Danilo menyamakan kedudukan pada masa tambahan, tandukannya yang kuat dari sudut melantun melintasi garisan dari tiang.

    Pogba menggantikan Enzo Barrenechea ketika permainan berbaki 22 minit. Tiga minit kemudian, Bremer meletakkan Juventus di hadapan buat kali pertama dengan satu lagi tandukan dari bola mati.

    Pemain tengah Perancis, Adrien Rabiot melengkapkan jaringan ketika berbaki 10 minit.

    Penampilan kompetitif terakhir Pogba adalah untuk Manchester United dalam Liga Perdana pada April.

    Dia mengalami kecederaan pada awal separuh masa pertama dalam kekalahan 4-0 kepada Liverpool dan tidak bermain sepanjang musim lalu.

    Setelah itu, dia menyertai Juventus semula pada musim panas namun dia mengalami kecederaan lutut kanan pada Julai. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...