Friday, December 27, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pogba seru United bangkit

    LONDON, 1 Jan – Paul Pogba menyeru pemain Manchester United supaya bangkit apatah lagi selepas mereka melakar keputusan seri yang ketiga berturut-turut sekali gus menyaksikan pasukan itu dipintas Chelsea.

    Keputusan seri ketika menentang Leicester dan Burnley sebelum Krismas menjejaskan peluang United untuk mencabar Manchester City dan kegagalan untuk menang pada pertemuan dengan Southampton menyaksikan mereka kini menduduki tangga ketiga liga, 15 mata di belakang City.

    Masalah itu semakin merunsingkan pengurus Jose Mourinho apatah lagi kecederaan lutut Zlatan Ibrahimovic memaksa pemain itu disisihkan untuk tempoh sebulan sambil pada masa sama, Romelu Lukaku diusung keluar akibat kecederaan selepas bertembung dengan Wesley Hoedt.

    Pemain sayap, Ashley Young terlepas tiga aksi United selepas ini apabila didapati bersalah kerana menyiku Dusan Tadic, Sabtu lalu.

    Everton akan menjadi lawan United selepas ini dan Pogba pantas meminta rakan sepasukannya supaya mempamer permainan lebih baik.

    Paul Pogba

    “Kami tidak tewas tetapi kami perlu bangkit mencatat kemenangan,” kata pemain Perancis itu kepada MUTV.

    “Kami seri lagi. Tiga seri, kami perlu menang. Sesuatu perlu diubah dan kami perlu berubah untuk menang.

    “Kami hanya mempunyai satu hari sebelum menentang Everton – itulah bola sepak. Esok adalah hari berbeza dan kami perlu keluar dengan kemenangan.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda