SEOUL, 15 SEPT – Pemenang Liga Juara-Juara AFC sebanyak tiga kali, Pohang Steelers mara ke pusingan suku akhir hari ini manakala Jeonbuk Motors terpaksa beraksi sehingga penentuan penalti untuk menyingkirkan Pathum BG dari Thailand.
Jaringan pada minit ke-25 oleh Lee Seung-mo memberikan Pohang kemenangan 1-0 ketika mereka bertahan untuk meraih kemenangan dengan pasukan tuan rumah, Cerezo Osaka melakukan serangan bertubi-tubi pada minit akhir perlawanan di Stadium Nagai di Jepun.
Pemenang dua kali, Jeonbuk Motors memerlukan beraksi sehingga masa tambahan dan penentuan penalti untuk menghalang mereka daripada dimalukan di Stadium Piala Dunia di Jeonju selepas Pathum menjaringkan gol penyamaan pada lewat perlawanan.
Di zon barat, kelab-kelab yang mara ke peringkat lapan terakhir ialah Al Wahda dari UAE, pasukan dari Iran, Persepolis dan dua kelab dari Arab Saudi iaitu Al Nassr dan Al Hilal.
Perlawanan suku akhir dan separuh akhir, yang akan dimainkan dengan satu perlawanan sahaja pada tahun ini di-sebabkan sekatan perjalanan koronavirus, akan dilangsungkan di venue khusus pada 16 dan 17 Oktober dan 19 dan 20 Oktober. – AFP