Tuesday, July 15, 2025
27.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pohon perlindungan bakal jemaah haji

    Oleh Sim Y. H.

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Julai – Bagi memohon keberkatan Allah SWT agar kesemua bakal jemaah haji mendapat perlindungan, keselamatan, dipermudahkan urusan serta akan beroleh haji yang mabrur, Masjid Kampung Perpindahan Mata-Mata, Gadong, baru-baru ini telah meraikan dua orang penuntut kelas Iqra yang akan menunaikan ibadah haji tahun ini dalam majlis penyampaian sumbangan derma dan Doa Selamat yang berlangsung di masjid kampung berkenaan.

    Dua bakal jemaah haji tersebut ialah Awang Sulaiman bin Haji Taha dan Awang Azharan bin Haji Umar.

    Pada majlis itu, penyampaian sumbangan derma telah disempurnakan oleh Ketua Kampung Perpindahan Mata-Mata, Pengiran Haji Mohd Salleh bin Pengiran Haji Abdul Rahman.

    Majlis diisi dengan bacaan Doa Selamat yang dipimpin oleh Imam Masjid Kampung Perpindahan Mata-Mata, Awang Jeffery bin Haji Metassim.

    Majlis yang dikendalikan oleh Ahli Jawatan Kuasa Takmir Masjid Kampung Perpindahan Mata-Mata itu dihadiri oleh ahli-ahli jawatan kuasa takmir masjid, belia masjid dan penuntut kelas Al-Quran dan Iqra masjid berkenaan.

    Pengiran Haji Mohd Salleh semasa menyampaikan sumbangan derma kepada bakal jemaah haji yang diraikan di majlis berkenaan.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda