Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pokok cedar berusia 3,000 tahun tumbang akibat taufan di Jepun

    KAGOSHIMA, 3 SEPT – Sebatang pokok cedar ikonik berusia 3,000 tahun di Pulau Yakushima di barat daya Jepun tumbang, kemungkinan besar disebabkan angin kencang yang dibawa Taufan Shanshan, lapor agensi berita Kyodo, memetik panduan pelancong hari ini.

    Cedar setinggi 26 meter, yang dikenali sebagai Yayoisugi, dengan lilitan batang kira-kira 8 meter, adalah ciri utama tapak pelancongan Shiratani Unsuikyo Ravine. Pemandu pelancong mendapati ia tumbang pada Sabtu.

    Taufan Shanshan menghampiri pulau itu antara 27 hingga 29 Ogos dengan kelajuan angin sehingga 168.48 kilometer sejam pada sekitar 8 malam Rabu lepas, menurut balai cerap cuaca tempatan.

    Pulau itu, yang terkenal dengan cedar Yakusugi berusia lebih 1,000 tahun, diiktiraf sebagai Tapak Warisan Semula Jadi Dunia pada 1993 oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO). – Bernama

    Pokok cedar, yang dipercayai tumbang akibat angin kencang daripada Taufan Shanshan di Pulau Yakushima, wilayah Kagoshima, baru-baru ini. – ANN/Japan News
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda