Oleh Hajah Saemah Kepli
KUALA BELAIT, 31Okt – Sepohon pokok mangga menjadi tarikan pengunjung ke rumah Ketua Kampung Pandan B, Haji Abdul Malik bin Haji Abu Bakar apabila mengeluarkan empat daun pelbagai jenis.
Menurut Haji Abdul Malik, beliau mula menyedari perkara itu apabila pokok itu sering mendapat perhatian pengunjung yang menegur bahawa ia agak pelik kerana mengeluarkan pelbagai jenis daun.
Pokok mangga itu mula ditanam selepas berpindah ke kediamannya itu pada tahun 1997, pada mula hanya mengeluarkan buah mangga, namun semakin ia membesar, semakin banyak pokok yang lain yang menumpang pokok tersebut termasuklah pokok buah longan Brazil, pokok nibung dan sejenis lagi tumbuhan yang tidak dapat dikenal pastinya, katanya.
– (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)
http://digital.mediapermata.com.bn