Oleh Syahmi Hassan
TEMBURONG, 15 OGOS – Sepohon pokok rambutan yang tumbang telah merosakkan sebahagian atap bilik tidur Rumah Bahagia Kampung Simbatang, Jalan Temada, kelmarin
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Bomba dan Penyelamat, enam orang anggota berserta sebuah jentera dari Balai Bomba Rataie dengan diketuai oleh ABKS4 Achau anak Juti telah dikejarkan ke lokasi.
Anggota bomba mengambil masa 30 minit untuk memotong pokok tersebut, berukuran 25 meter panjang dan garis pusat 15 sentimeter, menggunakan gergaji rantai serta memasang kanvas di kawasan yang terjejas.
JBP menyatakan, tidak ada kecederaan dan kemalangan jiwa berlaku.
Dalam kenyataannya, JBP menyarankan orang ramai untuk mengelakkan menanam pokok terlalu dekat dengan rumah dan amalkan penjarakan bagi penanaman pokok-pokok tersebut.


