Poland jual sejuta vaksin kepada Australia

WARSAW, 15 OGOS – Poland telah menjual satu juta dos vaksin Pfizer COVID-19 kepada Australia sebagai sebahagian daripada ‘dasar tanggungjawab perpaduan’, kata menteri kesihatan Poland hari ini.

Menteri Kesihatan, Adam Niedzieslki berkata bahawa pembelian vaksin Poland “membolehkan kita memenuhi keperluan warganegara kita dan menyokong orang yang memerlukan.”

Duta Besar Poland ke Australia, Michal Kolodziejski berkata, “Pada saat-saat yang sukar bagi rakan-rakan kita di Australia, Poland telah memutuskan untuk berkongsi dengan Australia satu juta dos vaksin Pfizer-BioNTech, dengan segera.”

Poland telah memvaksinasi sekitar 55 peratus penduduknya, tetapi kadar vaksinasi telah menurun dalam beberapa bulan kebelakangan dan banyak pusat vaksinasi ditutup karena kurang permintaan.

Tinjauan menunjukkan bahawa hingga satu per empat di sana sama ada menentang vaksinasi atau ragu-ragu untuk mendapatkannya. – AFP