WARSAW, 10 OGOS – Poland akan menambah bilangan tentera di sempadan timurnya dengan Belarus kepada 10,000, kata menteri pertahanan kelmarin, ketika beliau memberi amaran tentang potensi risiko keselamatan daripada sekutu Rusia itu.
“Ia akan melibatkan lebih kurang 10,000 tentera,” kata Mariusz Blaszczak kepada radio awam mengenai jumlah kehadiran tentera, peningkatan daripada jumlah tambahan yang diumumkan sehari sebelumnya. Beliau berkata 4,000 tentera akan menyokong agensi sempadan negara dan baki 6,000 lagi akan berada dalam simpanan.
“Kami memutuskan untuk memindahkan tentera lebih dekat ke sempadan Belarus untuk menakutkan pihak penceroboh supaya penceroboh tidak berani menyerang Poland,” tambahnya. – AFP


