Monday, July 14, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Poland pilih presiden baharu dalam pusingan penentuan

    WARSAW, 1 JUN – Seramai 29 juta pengundi di Poland keluar mengundi hari ini untuk memilih presiden baharu dalam saingan sengit pusingan penentu antara Datuk Bandar Warsaw berhaluan liberal, Rafał Trzaskowski dan calon konservatif, Karol Nawrocki, lapor Agensi Berita Jerman, dpa.

    Pusat-pusat pengundian akan dibuka sehingga 9 malam (1900 GMT), dan keputusan rasmi mengenai pengganti Presiden Andrzej Duda dijangka hanya diumumkan pada Isnin, menjadikan tinjauan pendapat sebagai satu-satunya petunjuk awal setakat ini.

    Namun, jurang margin kesilapan dalam tinjauan tersebut lebih besar daripada perbezaan tipis antara kedua-dua calon menjelang hari pengundian, susulan pusingan pertama yang berlangsung pada 18 Mei lalu.

    Satu tinjauan yang dijalankan untuk portal Onet menunjukkan Trzaskowski mendahului dengan 50.1 peratus, berbanding Nawrocki yang memperoleh 49.9 peratus.

    Sementara itu, tinjauan lain oleh laman Wirtualna Polska pula menunjukkan Nawrocki mendahului dengan 50.63 peratus berbanding 49.37 peratus untuk Trzaskowski.

    Sebagai negara anggota Kesatuan Eropah (EU) dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), keputusan pilihan raya ini amat penting bagi menentukan hala tuju politik dan dasar Poland, baik di peringkat domestik mahupun antarabangsa. – AP

    Seorang penduduk bersiap sedia untuk membuang undi semasa pusingan kedua pilihan raya presiden di Warsaw, Poland, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda