Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Poland terima senjata buatan Korea

    GDYNIA, POLAND, 6 DIS – Poland hari ini menerima hantaran pertama kereta kebal dan meriam katak yang dibelinya dari Korea Selatan sebagai sebahagian daripada kempen untuk merangsang pertahanannya berikutan serangan Rusia di Ukraine.

    Anggota Kesatuan Eropah (EU) dan NATO, Poland bersempadan dengan Rusia dan Ukraine dan telah menambah pembelian senjata selepas Kremlin memulakan peperangannya.

    Pada Julai, ia menandatangani kontrak untuk membeli senjata Korea Selatan termasuk kereta kebal, artileri dan jet pejuang.

    Senjata itu ‘adalah perlu untuk menghalang pencerobohan,’ kata Presiden Poland, Andrzej Duda semasa majlis penyerahan senjata di pelabuhan Gdynia hari ini.

    Sebagai sebahagian daripada perjanjian, Poland pada mulanya membeli 180 kereta kebal K2 ‘Black Panther’ yang dibina Hyundai Rotem sebelum memperoleh lebih daripada 800 varian khas bergelar K2PL, yang akan dikeluarkan di Poland pada 2026.

    Ia juga membeli 48 meriam katak K9 yang akan dihantar pada tahun ini, dengan rancangan untuk membeli 600 meriam tambahan pada awal 2024, dengan pengeluaran domestik dijangka bermula pada 2026.

    Selain itu, sebagai sebahagian daripada pembelian, Poland berkata pada Julai ia akan membeli 32 helikopter tentera AW149 bernilai 1.75 bilion euro daripada syarikat senjata Itali Leonardo. – AFP

    Presiden Poland Andrzej Duda (enam kiri), Menteri Korea Selatan Eom Donghwan (tujuh kiri) dan Menteri Pertahanan Poland Mariusz Blaszczak (empat kiri) bergambar ramai semasa menerima kereta kebal dan meriam katak di Terminal Kontena Baltik di Gdynia. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...