Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Poland tiada masalah berdepan Wales

    WROCLAW, POLAND, 2 JUN – Wales memulakan saingan bagi penentuan penting mereka di play-off Piala Dunia dengan kekalahan 2-1 di tangan Poland dalam aksi Liga Negara-negara UEFA, kelmarin.

    Pasukan Robert Page menurunkan pasukan simpanan dalam pertemuan tersebut bagi merehatkan pemainnya yang bakal bermain aksi menentang Ukraine di Cardiff untuk merebut tempat terakhir ke Piala Dunia di Qatar nanti.

    Dengan Gareth Bale, antara pemain yang disisihkan, Daniel James dari Leeds United menjadi satu-satunya pemain yang memulakan perlawanan semasa kemenangan 2-1 ke atas Austria dalam perlawanan separuh akhir play-off Piala Dunia pada Mac lalu.

    Dalam perlawanan semalam, Jonny Williams berjaya meletakkan Wales di hadapan pada babak awal separuh masa kedua dalam peringkat kumpulan, Liga Negara-Negara, iaitu dalam Kumpulan 4.

    Namun Poland yang diterajui oleh Robert Lewandowski kembali bangkit untuk merampas tiga mata penuh.

    Dua pemain gantian berjaya menjaringkan gol, sementara pemain muda, Jakub Kaminski, yang akan bermain untuk pasukan Wolfsburg kejohanan Bundesliga musim hadapan setelah dibeli dari Lech Poznan menyamai kedudukan pada minit ke-72. – AFP

    Aksi Robert Lewandowski melakukan pengawalan bola semasa perlawanan UEFA di antara Poland dan Wales di Wroclaw, Poland. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...