Khamis, November 20, 2025
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Poland tutup konsulat Rusia terakhir selepas insiden sabotaj kereta api

    WARSAW, 19 NOV – Menteri Luar Poland berkata hari ini bahawa dia akan mengarahkan penutupan konsulat Rusia terakhir yang masih beroperasi di negara itu selepas pihak berkuasa menyatakan dua warga Ukraine yang bekerja untuk Moscow disyaki meletupkan landasan kereta api di Poland.

    Radek Sikorski berkata dia telah berulang kali memberi amaran kepada Rusia bahawa kehadiran operasi diplomatik dan konsul akan dikurangkan lagi sekiranya ia tidak menghentikan tindakan bermusuhan terhadap Poland, lapor agensi berita PAP.

    “Sehubungan itu, meskipun ini bukanlah respons penuh kami, saya telah memutuskan untuk menarik balik kebenaran operasi konsulat Rusia terakhir di Gdansk,” katanya. Dia menambah Rusia akan dimaklumkan secara rasmi dalam beberapa jam.

    “Kali ini ia bukan sahaja satu tindakan subversif seperti sebelumnya, tetapi satu tindakan keganasan negara kerana jelas niatnya adalah membunuh,” kata Sikorski. Penutupan itu akan meninggalkan Rusia dengan hanya kedutaannya di Warsaw.

    Sebagai respons, Moscow akan ‘mengurangkan kehadiran diplomatik dan konsulat Poland di Rusia,’ lapor agensi berita RIA Novosti yang memetik jurucakap Kementerian Luar Rusia, Maria Zakharova. – AP

    Donald Tusk (kedua dari kanan) melawat tapak landasan kereta api di Mika yang rosak akibat sabotaj, berhampiran Deblin, Poland, pada 17 November. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda