Tuesday, July 15, 2025
27.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Polio dikesan dalam sampel alam sekitar di 11 lokasi di seluruh Pakistan

    ISLAMABAD, 14 JULAI – Virus polio liar jenis 1 dikesan dalam sampel kumbahan dari 11 lokasi di seluruh Pakistan, menurut pihak berkuasa kesihatan negara itu kelmarin, lapor agensi berita Xinhua.

    Sebanyak 24 sampel kumbahan diuji pada Jun. Daripada jumlah itu, 13 didapati negatif, manakala 11 sampel mengesahkan kehadiran virus polio.

    Menurut pihak berkuasa, penurunan dalam penularan virus itu adalah hasil daripada pemantauan yang lebih baik serta kempen vaksinasi berkualiti tinggi yang dilaksanakan di seluruh negara.

    Sebagai sebahagian usaha berterusan membasmi penyakit itu, kempen imunisasi khas akan dijalankan dari 14 hingga 18 Julai di beberapa kawasan di wilayah barat laut Khyber Pakhtunkhwa dan wilayah utara Gilgit-Baltistan, menyasarkan lebih 150,000 kanak-kanak. – Bernama

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda