Friday, December 27, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Polis Afghan diarah tembak penjenayah

    KABUL, 13 OKT – Pihak berkuasa Afghan buat pertama kalinya telah mengarahkan anggota polis Kabul supaya menembak penjenayah bersenjata sebaik sahaja nampak, perubahan mendadak dalam taktik bertujuan membendung peningkatan kejadian penculikan, pembunuhan dan jenayah ganas lain.

    Keadaan yang telah pun mencecah tahap genting selepas serangan Taliban dan para pelampau bertahun-tahun lamanya, polis di ibu negara kini sedang bergelut dengan gelombang jenayah yang hanya dijangka bertambah buruk apabila tentera AS berundur dari Afghanistan.

    Pegawai sehingga sekarang hanya dibenarkan melepaskan tembakan apabila bertempur dengan penjenayah, tetapi menteri dalam negeri Massoud Andarabi pada Ahad beralih kepada arahan tembak-untuk-bunuh dalam usaha untuk mengawal peningkatan jenayah tersebut, kata jurucakapnya.

    “Andarabi berkata penjenayah tidak harus merayau-rayau bebas di bandar Kabul, tembak dan bunuh mereka,” kata Tariq Arian.

    “Jenayah telah meningkat kebelakangan ini. Kawasan kami selamat tetapi sekarang hampir setiap hari dan malam, orang dirompak, dibunuh dan diculik,” kata Shafi, pekedai di Kabul.

    Taliban, yang dipercayai mempunyai sel di kawasan yang bersimpati dengan mereka, juga berikrar akan ‘mempertingkat rondaan.’

    Selain jenayah dan perniagaan dadah yang berkembang pesat, polis Afghan juga bertindak terhadap serangan yang menyasarkan pegawai kerajaan, aktivis keamanan dan ahli akademik.

    Pegawai menuduh kumpulan yang dikaitkan dengan Taliban melancarkan serangan, walaupun kumpulan itu berjanji tidak akan menyerang kawasan bandar di bawah perjanjian pada Februari dengan Amerika Syarikat. – AFP

    Anggota polis Afghan kelihatan di perkarangan ibu pejabat polis di Kabul pada 12 Oktober. Pihak berkuasa Afghan mengarahkan polis menembak penjenayah sebaik sahaja nampak dalam usaha mengurangkan kadar jenayah di ibu negara. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda