KABUL, 31 MEI – Polis Afghanistan merampas dadah seberat 100 kilogram (kg) termasuk heroin di wilayah Helmand di selatan Afghanistan, lapor seorang pegawai tempatan hari ini.
Dadah yang diseludup itu dirampas semasa operasi rutin yang dijalankan oleh polis di daerah Washir di sepanjang lebuh raya yang menghubungkan wilayah Herat di bahagian barat dengan wilayah Kandahar di selatan, kata Mullah Ezatullah Haqani, jurucakap Pejabat Polis wilayah Helmand.
Dua orang ditangkap atas tuduhan mengedar dadah, kata Haqani, sambil menambah bahawa dosir mereka dirujuk ke badan kehakiman untuk siasatan lanjut.
Sementara itu, polis Afghanistan turut menemui senjata dan peluru di sekitar bandar Lashkar Gah, sejak 24 jam yang lalu.- Xinhua


