SAN DIEGO, 1 Mei – Polis menembak mati seorang lelaki berusia 49 tahun yang disyaki menembak tujuh orang semalam pada satu pesta pool party ulang tahun di sebuah kompleks pangsapuri berhampiran Universiti California, San Diego, menurut pihak berkuasa.
Polis telah menerima laporan tentang seorang lelaki menembak orang yang berhampiran kolam renang sekitar pukul 6 petang, Ketua polis Shelley Zimmerman berkata pada sidang media.
Empat orang wanita kulit hitam, dua lelaki kulit hitam dan seorang lelaki Hispanik telah dikejarkan ke hospital kerana mengalami kecederaan akibat tembakan, menurut Zimmerman. Salah seorang wanita itu telah meninggal dunia kemudian.
Beberapa orang mangsa menjalani pembedahan lewat semalam dan yang lain masih dalam keadaan kritikal lewat semalam, menurutnya lagi.
Seorang lelaki dikejarkan ke hospital selepas mengalami patah tangan ketika melarikan diri.
“Ini adalah tindakan keganasan yang dahsyat yang berlaku di sini hari ini,” Datuk Bandar San Diego Kevin Faulconer berkata pada sidang media.
“Keseluruhan bandar kami, ingatan dan doa kami, semua ingatan dan doa penduduk San Diego adalah untuk para mangsa dan keluarga mereka.” – AP