Thursday, February 20, 2025
29.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Polis Australia halang seludup ketamin AS$2.3 juta

    SYDNEY, 3 JULAI – Dua lelaki didakwa terlibat dalam sindiket jenayah antarabangsa membabitkan penyeludupan 84 kilogram (kg) ketamin ke Australia, menurut polis Persekutuan Australia (AFP).

    Rampasan ini dianggarkan bernilai AUD$3.36 juta (AS$2.3 juta), lapor agensi berita Jerman (dpa).

    Operasi bermula pada Mei tahun ini setelah pihak polis menerima maklumat mengenai sindiket jenayah yang mengimport dadah tersembunyi dalam van baharu.

    Polis mengenal pasti sebuah kapal pengangkut yang tiba di Melbourne pada 15 Mei dan membawa muatan dua buah kenderaan baharu yang disyaki digunakan untuk menyeludup dadah.

    Polis melakukan siasatan lanjut terhadap kenderaan terbabit dan menemukan 79 beg plastik berisi serbuk putih.

    Ujian makmal mendapati serbuk itu mengandungi ketamin, menurut jurucakap AFP. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda