Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Polis Australia temui 2 mayat kes bunuh

    SYDNEY, 27 FEB – Polis Australia menemui mayat seorang pengacara televisyen dan teman lelaki pramugari di kawasan luar bandar di luar Sydney hari ini, bertindak atas maklumat yang diperoleh daripada seorang pegawai polis yang didakwa atas pembunuhan mereka.

    Penemuan itu menamatkan pencarian berprofil tinggi selama hampir seminggu untuk mayat wartawan hiburan, Jesse Baird, 26, dan pramugari, Qantas Luke Davies, 29.

    Seorang konstabel polis berusia 28 tahun yang pernah menjalinkan hubungan dengan Baird telah didakwa dengan dua pertuduhan membunuh.

    “Kami amat yakin kami telah menemui Luke dan Jesse,” kata ketua polis New South Wales, Karen Webb, sambil menyatakan keluarga kedua-dua mangsa menerima berita itu dengan lega dan sedih.

    “Maklumat ini diperoleh dengan bantuan tertuduh,” tambah Webb.

    Polis percaya pasangan itu ditembak di sebuah rumah di tengah Sydney sebelum dimasukkan ke dalam beg papan luncur dan dibawa ke kawasan luar bandar, kira-kira dua jam pemanduan dari bandar.

    Ujian balistik menunjukkan peluru yang ditemui di apartmen itu sepadan dengan senjata api polis. Senjata itu kemudiannya ditemui di dalam peti besi balai polis.

    Mayat pasangan itu masih belum dikenal pasti secara rasmi dan bedah siasat akan dilakukan untuk mengesahkan punca kematian, kata polis. – AFP

    Pasukan polis New South Wales menyiasat tempat kejadian di Bungonia pada 27 Februari. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda