Saturday, March 15, 2025
31.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Polis Austria rampas dadah dan senjata

    BERLIN, 29 JUN – Pihak berkuasa Austria hari ini telah merampas sejumlah dadah dan senjata api dalam serbuan ke atas sekumpulan penunggang motosikal sayap kanan yang berkaitan dengan jenayah terancang.

    Penyiar awam ORF melaporkan bahawa polis menggeledah harta benda di Upper Austria dan menahan 10 orang kerana disyaki melanggar undang-undang senjata api, narkotik dan ekstremisme.

    Polis merampas bom tangan, 35 senapang, 25 senapang mesin, 100 pistol dan lebih 10,000 butir peluru semasa serbuan Isnin lalu, lapor ORF. Mereka juga merampas peralatan Nazi seperti bendera swastika, pakaian seragam tentera dan topi keledar, serta 1 kilogram kokain dan 5 kilogram ganja.

    Pegawai berkata, suspek adalah ahli cawangan kelab motosikal Bandidos yang cuba mendapat pengaruh di Austria. Akhbar harian popular Krone melaporkan bahawa serbuan itu dicetuskan oleh penyiasatan hasil daripada penemuan senjata api dan peluru pada 2022 dalam kenderaan milik seorang lelaki Jerman. – AP

    Gambar yang disediakan oleh Kementerian Dalam Negeri Austria pada 29 Jun menunjukkan senjata, objek dan peluru. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda