Tuesday, May 13, 2025
25.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Polis Bangladesh tangkap suspek militan

    COX’S BAZAR, Bangladesh, 31 Dis – Polis Bangladesh hari ini menangkap seorang militan yang disyaki dari sempadan daerah Ukhia, berhampiran kem yang menempatkan ribuan etnik Islam Rohingya yang lari daripada tindakan keras di Myanmar.

    Batalion Tindakan Pantas (RAB), polis elit telah ditugaskan untuk menangani pelampau Islam di negara yang ramai penduduknya Islam itu, berkata ia telah menahan Sharful Awal berusia 30 tahun kerana dipercayai berkomunikasi dengan kumpulan jihad antarabangsa.

    Awal telah dibebaskan dengan ikat jamin pada Januari lalu selepas dia didakwa dengan kesalahan berkaitan anti-pengganasan dan bahan letupan di rantau Chittagong, kata ketua tempatan RAB, Ruhul Amin dalam satu kenyataan.

    Namun selepas pembebasannya, Awal ‘berkomunikasi dengan beberapa kumpulan militan antarabangsa menerusi media sosial dalam usaha untuk menubuhkan Khalifah menerusi Jihad,” kata Amin.

    Polis mengatakan Awal adalah anggota cawangan baru Jamayetul Mujahideen Bangladesh (JMB), kumpulan Islamis tempatan dan terlibat dalam menubuhkan pelampau tempatan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda